Menu
Abu Bakar as-Siddiq Kehidupan awalSaidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Menu
Abu Bakar as-Siddiq Kehidupan awalBerkaitan
Abu Sayyaf Abu Bakar as-Siddiq Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham Abu Hamid al-Ghazali Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi Abu Ubaidah bin Al-Jarrah Abu Hurairah Abu Talib Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina Abul Ala MaududiRujukan
WikiPedia: Abu Bakar as-Siddiq http://surautaalim.blogspot.com/2010/02/kisah-pera... http://www.pamiesz.com/2008/01/saidina-abu-bakar-a... http://p4ceriko-ppc.blogs.smjk.edu.my/2009/07/27/s... http://manhaj-salaf.net46.net/pengumpulan-al-quran... http://books.google.co.uk/books?id=9b0_ek9nvnEC&pg...